Tuesday, May 18, 2010

Panduan Sepertiga (Rule Of Thirds)

Sebelum memahami rule of thirds, ada baiknya kita memahami dulu apa itu komposisi. Komposisi adalah susun atur elemen-elemen di dalam gambar. Secara mudahnya, sekiranya anda merakam gambar ibu-bapa dengan berlatarbelakangkan langit biru, anda perlu membuat keputusan dimanakah wajarnya diletakkan ibu bapa anda di dalam gambar, ke kirikah atau kekanankah? keatas atau kebawah? adakah anda perlukan langit yang luas atau perlu penuhkan frame dengan ibu bapa anda dan langit sedikit sahaja?

Keputusan yang anda buat itu adalah keputusan susun atur di dalam gambar. Ataupun teknik komposisi.

Tiada satu keputusan komposisi yang boleh dikatakan salah dalam proses rakaman gambar. Yang ada cumalah komposisi yang menawan atau tidak.

Salah satu teknik mudah untuk anda memperbaiki komposisi didalam gambar ialah dengan mengelakkan dari meletak titik fokal dari di tengah bingkai. Dan dengan menggunakan panduan sepertiga atau rule of thirds, ianya lebih mudah lagi.

Apa yang perlu anda buat ialah dengan membahagikan bingkai gambar anda secara visual kepada 9 kotak yang sama besar. Dan kemudian letakkan titik fokal atau subjek utama anda pada titik persilangan tersebut.

Cara menggunakan Rule of third :

anda perlu membuatkan 2 garisan menegak dan 2 garisan melintang yang menyilangi 2 garisan menegak tadi.. Faham x? kalau x fhm, tgk pada gmbr

Apabila anda hendak mengambil sesebuah gambar, anda perlu membayangkan titik persilangan ini . Titik persilangan dalam garisan ini memberi anda peluang untuk memilih bagi meletakkan 'centre of interest' untuk komposisi yang baik. 'Centre of interest' boleh saya katakan sebagai fokus utama kita.

Senang kata, 4 titik persilangan(yang digelapkan pada gmbr) adalah titik2 terbaik untuk anda meletakkan subjek atau fokus anda.. tapi ingat, ada beberapa perkara dan teknik lagi yang perlu anda ikuti untuk menghasilkan sesebuah gambar yang menarik.

Contoh gambar menggunakan Rule of Third.........















0 comments:

Post a Comment